5 JENIS HAIWAN TERANCAM.
Rajah (Burung botak upeh)
Burung botak upeh:-
- Lebih popular dengan panggilan burung bangau iaitu burung randuk besar dan merupakan spesies terancam yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar Malaysia.
Perkembangan burung ini dipantau sejak 1980-an dan ia mendapati bahawa jumlahnya semakin menurun dan sangat membimbangkan.
Rajah 2 (Ungka tangan putih)
Ungaka Tangan putih:-
Spesies ungka yang tinggal di barat daya China dan Myanmar Timur ke Thailand, serta Barat Laut Sumatera dan seluruh Semenanjung Malaysia
Berada dalam ancaman kepupusan disebabkan oleh pelbagai perkara,termasuklah diburu untuk mendapatkan dagingnya serta anak-anak ungka ini ditangkap untuk dijadikan haiwan peliharaan manakala ungka dewasa kadangkala dibunuh.
Tapir Malaya :-
- Tapir malaya dengan nama saintfik tapirus indicus adalah satu-satunya spesis tenuk yang berasal dari Asia. ditemui di sepanjang sempadan barat Thailand-Myanmar hingga ke selatan Semannjung Malaysia serta Sumatera di Indonesia.
- Hanya tinggal di kawasan pergunungan terpencil, pemburuan manusia dan pembangunan membuatkan habitat haiwan ini pupus.
Rajah (Seladang)
Seladang :-
- Seladang adalah antara haiwan yang sangat sinonim boleh dikatakan mudah untuk ditemui satu ketika dahulu. Kerana haiwan bovin besar yang memiliki kulit gelap seperti berminyak ini hidup secara liar di hutan tropika Asia Tenggara dan Asia Selatan.
- Seladang adalah mamalia darat kedua terbesar di Malaysia selepas gajah.
Orang utan :-
- Orang utan adalah tiga spesies mawas ekstan yang biasanya ditemui di kawasan merangkumi hutan-hutan hujan Borneo dan Sumatera.
- Faktor yang menyumbang kepada masalah kepupusan orang utan termasuklah kemusnahan habitat akibat penebangan hutan yang tidak terkawal untuk tujuan pertanian dan pembalakan seperti di pulau borneo.
- Kemusnahan habitat akibat penebangan hutan yang tidak terkawal untuk tujuan pertanian dan pembalakan disamping aktiviti manusia.
Comments
Post a Comment