INFO 1: FAKTOR-FAKTOR HAIWAN DIANCAM KEPUPUSAN

FAKTOR-FAKTOR HAIWAN DIANCAM KEPUPUSAN



Rajah

pembakaran hutan 

pembakaran secara terbuka akan menyebabkan spesies-spesies haiwan yang berada di dalam hutan tersebut mati dan terancam habitatnya.

pemburuan secara haram

Pemburu haram bukan sahaja mengekploitasikan binatang tersebut, malahan mengaut keuntungan yang banyak melaluinya. Permintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan tersebut berleluasa.

pencemaran air 

hidupan seperti ikan lumba-lumba semakin pupus disebabkan oleh tumpahan minyak di laut dan kegiatan manusia mengotorkan laut.

peningkatan suhu dunia

Perubahan iklim ini bukanlah perkara baharu dalam kepupusan haiwan ini, di mana antara faktor kepupusan binatang prasejarah seperti ‘dinasour’ adalah disebabkan faktor ini juga.

⮚ pembalakan haram 

Apabila kegiatan pembalakan dijalankan, ia akan memusnahkan spesies tumbuhan yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang, ia akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada di sekitarnya dan menyebabkan haiwan lain akan lari dan mati.Jika pembalakan haram ini terjadi, ia akan menjadi punca kepada kepupusan haiwan kerana tempat tinggal mereka telah musnah.


Comments